Sedar akan diri

|
Kadang - kadang kita jadi buta. Kita ada mata tetapi tidak boleh melihat. Kita nampak, tetapi tidak perasan. Buta orang celik lebih bahaya daripada buta orang buta. Tidak hairan ramai orang celik di langgar berbanding orang buta.

Kita melihat dengan satu pandangan. Kalau lihat kucing atau mana - mana sahaja haiwan karnivor, pandangannya sama dengan kita. Ke depan dan dapat mengagak jarak dengan tepat. Tetapi tidak luas. Kita tidak nampak yang berada di tepi dan di belakang.

Ayam contohnya ataupun apa - apa sahaja binatang yang menjadi buruan, ada pandangan yang lebih luas. Matanya di tepi dan ia nampak kawasan yang lebih besar. Tetapi ia tidak mampu menimbang jarak dengan tepat.

Antara ayam dan kucing ada perbezaan dari sudut pandangan. Manusia lebih banyak bezanya kerana manusia punya akal. Kita ada persepsi. Kita ada 'pandangan'. Sesuatu yang kita lihat akan kita beri maksud. Begini apa dan begitu apa.

Setiap manusia ada pandangannya yang tersendiri. Boleh jadi ada hal yang sama dan ada juga berbeza. Perbezaan pandangan inilah yang membuatkan si 'A' nampak hal ini begini dan si 'B' nampak hal ini 'begitu,.

Sekiranya kita tidak biasa di manja, kita akan nampak dunia ini penuh kasih - sayang. Kita menilai semua benda sebagai unsur kasih - sayang. Orang marah, kita maksudkan sebagai tanda sayang. Orang kutuk, kita kata menegur.

Tetapi sekiranya kita hidup daripada kecil di asuh dengan kemarahan, kita akan nampak dunia ini kelam. Semua benda bersifat negatif dan buruk. Apabila orang marah, kita katakan dia membenci. Orang kutuk, kita katakan dia berlagak. Kecenderungan melihat daripada 'mata kita' selalunya buatkan kita tidak meningkat. Begitu - begitu saja. Apa yang boleh kita selesai hari ini, esok pun kita boleh selesaikan. Dengan cara yang sama. Apa yang tidak boleh kita buat, kita tidak boleh buat sampai bila - bila.

Belajar melihat dengan 'mata orang'. Lihat pada perkara yang ingin di capai, bukan caranya. Petani tidak boleh menanam di kawasan yang ada batu sebab dia fikir masalah hanya boleh di atasi dengan memecahkan batu.

Tetapi apabila dia mula melihat pada tujuan sebenar, batu itu boleh saja di alih. Asalkan kawasan itu boleh di gunakan.

Kita kena tahu apa 'pandangan' kita. kita tidak boleh buat sesuatu tanpa tahu 'apa yang kita rasa' apabila sudah pasti, kita kena pastikan sama ada pandangan itu boleh di gunakan ataupun tidak.

Hendak memburu, guna mata kucing. Hendak survey kawasan, guna mata ayam.

0 comments:

Post a Comment