Jadilah Wanita Yang Cantik Jiwanya, Kerana Alam Raya Ini Indah...

|
Pemandangan bintang – bintang di langit sangatlah indah. Hal ini tidak dapat di ragukan lagi. Keindahan yang sangat menarik hati. Keindahan selalu berubah dengan beraneka macam warna pada waktu yang berbeza – beza. Keindahan di pagi hari berbeza dengan keindahan di waktu magrib. Keindahan waktu terbit matahari berbeza dengan waktu terbenam matahari. Keindahan malam purnama berbeza dengan keindahan malam tanpa cahaya rembulan. Keindahan langit yang cerah berbeza dengan langit yang diliputi awan. Bahkan keindahan itu berbeza pada jam tertentu dengan jam yang lain, pandangan tertentu dengan pandangan yang lain, dari bilik tertentu dengan bilik yang lain. Semua itu adalah keindahan dan semuanya harus di nikmati dengan renungan.

Bintang yang kelihatan menyendiri nun jauh di sana bagaikan mata yang indah berkilauan memancarkan kecintaan seruan. Dua bintang di tempat yang lain berbeza seolah – olah saling bersahutan. Kelompok – kelompok bintang yang lain bertebaran di sana – sini, bagaikan kumpulan orang – orang yang sedang berdiskusi nun jauh di sana di cakerawala langit. Rembulan yang pada awal kemunculannya di suatu malam kelihatannya kecil, seterusnya beransur – ansur membesar pada malam – malam berikutnya, hingga sampai pada puncak kebulatannya kelihatan begitu cerah. Setelah itu ia mulai berkurang dan mengecil, hingga kelihatan bagaikan di awal kemunculannya dan di malam terakhirnya ia hampir tidak muncul sama kecil.

Ruang angkasa ini tidak akan pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai pada penghujungnya. Sesungguhnya itulah keindahan iaitu keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk di nikmati. Akan tetapi manusia tidak dapat menggambarkan keindahan dan kebahagiaan yang mereka perolehi dengan untaian kata–kata.

1 comments:

DrSam said...

salam,

memang sukar mendalami dan mengenali hati budi seseorang. cantik itu pada mata, menilai ketelusan budi melalui mata hati.

Post a Comment