Hidup Untuk Mati

|
Ya, kita hidup untuk mati. Tidak betulkah? Bukankah hidup mesti mati? Itulah akhirnya, itulah penamatnya, jadi, itulah matlamat kita.

Kita takut mati. Dengar saja mati, takut. Berpeluh-peluh dengar orang sebut 'mati'. Lemah jantung, bergetar badan. Sebut mati, macam satu kecelakaan. Rasa macam bala menimpa.

Padahal semua orang daripada kita akan mati. Muhammad bin Abdullah berkata, "orang yang paling bijak adalah orang yang ingat mati".

Tidak percaya? Ambil pengajaran daripada kisah tentera. Dengan mengingati kematian menyebabkan dia jadi berani dan jadi hero perang.

'Ingin mati' tidak serupa dengan 'takut mati'. Ingat pada kematian lebih kepada 'berani mati'. 'Berani mati' bukan kamikazee. 'Mat rempit' buat gaya meniarap bawa motor Bukan. 'Berani mati' adalah tahu hakikat mati. Faham bahawa mati pasti akan datang.

Apabila kita 'hidup untuk mati', barulah kita akan berjaya. Sebab kita tidak takut yang bukan - bukan lagi. Tidak lagi di belenggu ragu - ragu dan ketidakyakinan. Sifat syaitan.

Orang yang hidup untuk mati tidak akan buat jahat. Dia tidak akan menyusahkan orang. Sebab dia tahu dia akan mati. Kemudian hidup balik dan semua perbuatan akan diadili.

Orang yang hidup untuk mati optimistik. Dia tidak tahu putus asa. Dia tidak kenal lelah. Sebab dia tahu mati itu ada. Apa yang dia dapat, tengok dan rasa dunia hanyalah sementara. Dia akan mati. Hasil sebenarnya bukan di sini tetapi di sana.

Orang yang hidup untuk mati berani gagal. Dia tidak takut untuk berjuang di barisan paling depan. Dia tidak sembunyi di belakang orang. Sebab dia tahu mati itu pasti. Berperang pun mati. Jadi pengecut pun mati juga.

Mati itu tepat pada waktunya. Tidak di percepatkan ataupun di lambatkan walau sesaat.

Hiduplah untuk mati. Bukan 'mati' itu kesedihan, tetapi suatu harapan. Harapan untuk berjumpa syurga. Dunia yang hanya ada kebenaran, kenyataan dan keindahan.

0 comments:

Post a Comment