Buat Teman...

|
Ingin ku cerita wahai teman,
Setelah jauh di tepi pinggiran,
Kutemui seorang teman,
Elok laku bahasa menawan.
Menyentuh rasa memikat jiwa,
Ingin rasa berbicara sentiasa,
Tetapi masa cemburi saja,
Dia pula prasangka buta,
Terlerai janji terbawa luka.
Terbuku rasa berkarat di jiwa,
Menanah rindu melarat nestapa.
menanggung resah menggila.

Wahai teman...!
Setelah dia pergi kasih hati,
Tinggallah aku sepi sendiri,
Hatiku luka terguris perit,
Sendiri aku mencari penawar,
siang malam terlupa sinar,
Sedih menyepi seorang diri,
Mencari pepohon untuk berteduh,
Berhenti penat mengelap peluh.
Sampai dinihari aku termangu,
Mengira nasib untung menjauh.
Namun hanya kau inginku temu.


Wahai teman…!
Sedang aku mengurai rindu,
sedang aku membalut luka,
Semua datang menghantar belas,
Sudi menemani berbicara setia,
Syukurku pada Yang Esa,
ada jua hamba berhati mulia.
Menghantar salam memberi kasih.
Menghantar rindu menyisip cinta
Tetapi hatiku telah kau bawa,
sebungkus kasih dalam cinta
aku dan mereka sahabat sahaja.

Wahai teman…!
tahukah kau pertengahan cerita,
Ku mula mencari bebayangnya,
Siapa yang datang seolah dia saja,
Tika senja menjelma ku pun berdoa,
Agar kasihku selamat sejahtera,
Gelisah hatiku tidak terkata,
Kepala ku rebah beralaskan tangan,
Mataku melirik diluar tingkap,
Kulihat di luar penuh bercahaya,
Sedang ku di sini gelap gelita.
sentiasa berduka bermurung sahaja.

Tahukah kau wahai temanku,
Di sana penuh kuntuman bahagia,
Aku sahaja enggan membuka mata,
masih tidur di dalam gua,
Lekanya aku menulis puisi
Merayu meminta sekujur kasih,
menanti menunggu dan merintih,
mencari mutiara yang kau hilangkan,
Tidakkah kau tahu dan bayangkan,
Derita ku mahukah kau rasakan,
mencari bebayangmu merata,
hanyaku temui dalam memori kita.

Wahai kasih…wahai sayang!
Tahukah kau betapa ku menyinta,
Tiap detik dirimu di dalam minda,
Ku sudah ke tiga suku gila,
Adakah kita serupa sama bicara,
Jika sekiranya aku sahaja yang merasa,
Biarkan aku dengan gila-gilanya,
Usah ku dipeduli usah ku disapa,
Ku doakan agar kau sentiasa ceria,
Moga kau sentiasa bahagia,
Hanya Allah jua membantuku,
Hanya Allah jua akan menghargaiku.

wassalam...
salam rahmat Allah buatmu teman....amin.

0 comments:

Post a Comment