Tercipta Untukku - Ungu

|

Tips Sayang Menyayang

|
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Gambar Gerhana Matahari di Terengganu 26 Jan 2009

|


Video Gerhana Matahari 26 Jan 2009

|

Lihatlah Ke Arah Awan, Jangan Melihat Ke Arah Tanah...

|
Seandainya tiada nyala api yang berada di sebelahku,
tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium




Jadilah kita di kalangan seorang yang memiliki cita - cita tinggi, agar kita selalu akan meningkatkan diri dan melanjutkan perjuangan hidup ini. Berhati - hatilah terhadap jebakan yang menjatuhkan dan menghinakan.


Ketahuilah, bahawa kehidupan hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa detik. Jadilah kita seperti seekor semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan teruslah kita mencuba. Bertaubatla jika kita kembali melakukan dosa, dan kembalilah kita kepada pintu taubat. Hafalkan kembali Al-Qur'an jika kita telah lupa. Kembalilah kita mengingatinya untuk yang kedua kalinya dan ketiga kalinya... bahkan untuk yang kesepuluh kalinya.


Hal yang penting ialah hendaknya kita tidak merasa gagal dan kecewa, kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata - kata terakhir dan akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali, tetapi yang di kenal hanyalah usaha dan pembaikan.

Sesungguhnya umur itu sama seperti jasmani, ia boleh saja di ubah dengan melakukan operasi kecantikan . Sesungguhnya umur itu sama seperti bangunan, ia dapat saja diruntuhkan dan dibangun kembali dengan reka bentuk dan cat warna terbaru. Maka berhati - hatilah dan jauhilah pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya. Hitunglah dari benak kita risiko - risiko tentang sakit, bencana, musibah, dan ujian yang memberatkan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

....dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar - benar orang yang beriman. ( surah Al-Ma;idah : Ayat 23 )

Jadilah Wanita Yang Cantik Jiwanya, Kerana Alam Raya Ini Indah...

|
Pemandangan bintang – bintang di langit sangatlah indah. Hal ini tidak dapat di ragukan lagi. Keindahan yang sangat menarik hati. Keindahan selalu berubah dengan beraneka macam warna pada waktu yang berbeza – beza. Keindahan di pagi hari berbeza dengan keindahan di waktu magrib. Keindahan waktu terbit matahari berbeza dengan waktu terbenam matahari. Keindahan malam purnama berbeza dengan keindahan malam tanpa cahaya rembulan. Keindahan langit yang cerah berbeza dengan langit yang diliputi awan. Bahkan keindahan itu berbeza pada jam tertentu dengan jam yang lain, pandangan tertentu dengan pandangan yang lain, dari bilik tertentu dengan bilik yang lain. Semua itu adalah keindahan dan semuanya harus di nikmati dengan renungan.

Bintang yang kelihatan menyendiri nun jauh di sana bagaikan mata yang indah berkilauan memancarkan kecintaan seruan. Dua bintang di tempat yang lain berbeza seolah – olah saling bersahutan. Kelompok – kelompok bintang yang lain bertebaran di sana – sini, bagaikan kumpulan orang – orang yang sedang berdiskusi nun jauh di sana di cakerawala langit. Rembulan yang pada awal kemunculannya di suatu malam kelihatannya kecil, seterusnya beransur – ansur membesar pada malam – malam berikutnya, hingga sampai pada puncak kebulatannya kelihatan begitu cerah. Setelah itu ia mulai berkurang dan mengecil, hingga kelihatan bagaikan di awal kemunculannya dan di malam terakhirnya ia hampir tidak muncul sama kecil.

Ruang angkasa ini tidak akan pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai pada penghujungnya. Sesungguhnya itulah keindahan iaitu keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk di nikmati. Akan tetapi manusia tidak dapat menggambarkan keindahan dan kebahagiaan yang mereka perolehi dengan untaian kata–kata.

Hidup Untuk Mati

|
Ya, kita hidup untuk mati. Tidak betulkah? Bukankah hidup mesti mati? Itulah akhirnya, itulah penamatnya, jadi, itulah matlamat kita.

Kita takut mati. Dengar saja mati, takut. Berpeluh-peluh dengar orang sebut 'mati'. Lemah jantung, bergetar badan. Sebut mati, macam satu kecelakaan. Rasa macam bala menimpa.

Padahal semua orang daripada kita akan mati. Muhammad bin Abdullah berkata, "orang yang paling bijak adalah orang yang ingat mati".

Tidak percaya? Ambil pengajaran daripada kisah tentera. Dengan mengingati kematian menyebabkan dia jadi berani dan jadi hero perang.

'Ingin mati' tidak serupa dengan 'takut mati'. Ingat pada kematian lebih kepada 'berani mati'. 'Berani mati' bukan kamikazee. 'Mat rempit' buat gaya meniarap bawa motor Bukan. 'Berani mati' adalah tahu hakikat mati. Faham bahawa mati pasti akan datang.

Apabila kita 'hidup untuk mati', barulah kita akan berjaya. Sebab kita tidak takut yang bukan - bukan lagi. Tidak lagi di belenggu ragu - ragu dan ketidakyakinan. Sifat syaitan.

Orang yang hidup untuk mati tidak akan buat jahat. Dia tidak akan menyusahkan orang. Sebab dia tahu dia akan mati. Kemudian hidup balik dan semua perbuatan akan diadili.

Orang yang hidup untuk mati optimistik. Dia tidak tahu putus asa. Dia tidak kenal lelah. Sebab dia tahu mati itu ada. Apa yang dia dapat, tengok dan rasa dunia hanyalah sementara. Dia akan mati. Hasil sebenarnya bukan di sini tetapi di sana.

Orang yang hidup untuk mati berani gagal. Dia tidak takut untuk berjuang di barisan paling depan. Dia tidak sembunyi di belakang orang. Sebab dia tahu mati itu pasti. Berperang pun mati. Jadi pengecut pun mati juga.

Mati itu tepat pada waktunya. Tidak di percepatkan ataupun di lambatkan walau sesaat.

Hiduplah untuk mati. Bukan 'mati' itu kesedihan, tetapi suatu harapan. Harapan untuk berjumpa syurga. Dunia yang hanya ada kebenaran, kenyataan dan keindahan.

Kebahagiaan itu ada.. tetapi siapa yang mendapatkannya dengan begitu mudah..?

|
    Seseorang tidak mungkin mendapatkan kebahagiaan kecuali dari dirinya sendiri. Hendaklah dia membawa dirinya di jalan keutamaan untuk mendapatkan kebahagiaan. Namun, dia harus berusaha menemukan jalan dan cara paling utama agar dapat meraihnya. Hal itu terangkum dalam kualiti hidup dirinya, iaitu kejujuran, keberanian, berusaha, rajin, cinta sesama makhluk, suka bekerja sama dengan mereka, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu memiliki hati nurani yang hidup.   Kebahagiaan itu bukan khurafat. Sesungguhnya ia adalah hakikat yang nyata. Ramai orang yang menikmatinya, dan kita pun memiliki kesempatan sangat besar untuk menikmatinya bila kita dapat memanfaatkan cubaan - cubaan kita dan mengelola pengalaman - pengalaman yang telah kita perolehi dalam kehidupan.   Apabila kita telah dapat memahami erti kehidupan ini, kita akan mampu mengeksploitasi banyak hal yang berguna dari dalam jati diri kita dan kita dapat membebaskan diri dari berbagai penyakit yang mengganggu kesihatan fizikal dan kejiwaan kita dengan berbekalkan pengetahuan, potensi dan kesabaran. Kita dapat menghayati kehidupan kita yang telah di anugerahkan oleh Allah ini dengan sikap tidak ingkar, tidak membangkang, dan tidak pula menyengsarakan siri.

Boikot Israel & Amerika

|




Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Lagu "Masihkah Kau Ingat" Kopratasa

|


Artist : Kopratasa
Title : Masihkah Kau Ingat

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat(8x)

Sedar akan diri

|
Kadang - kadang kita jadi buta. Kita ada mata tetapi tidak boleh melihat. Kita nampak, tetapi tidak perasan. Buta orang celik lebih bahaya daripada buta orang buta. Tidak hairan ramai orang celik di langgar berbanding orang buta.

Kita melihat dengan satu pandangan. Kalau lihat kucing atau mana - mana sahaja haiwan karnivor, pandangannya sama dengan kita. Ke depan dan dapat mengagak jarak dengan tepat. Tetapi tidak luas. Kita tidak nampak yang berada di tepi dan di belakang.

Ayam contohnya ataupun apa - apa sahaja binatang yang menjadi buruan, ada pandangan yang lebih luas. Matanya di tepi dan ia nampak kawasan yang lebih besar. Tetapi ia tidak mampu menimbang jarak dengan tepat.

Antara ayam dan kucing ada perbezaan dari sudut pandangan. Manusia lebih banyak bezanya kerana manusia punya akal. Kita ada persepsi. Kita ada 'pandangan'. Sesuatu yang kita lihat akan kita beri maksud. Begini apa dan begitu apa.

Setiap manusia ada pandangannya yang tersendiri. Boleh jadi ada hal yang sama dan ada juga berbeza. Perbezaan pandangan inilah yang membuatkan si 'A' nampak hal ini begini dan si 'B' nampak hal ini 'begitu,.

Sekiranya kita tidak biasa di manja, kita akan nampak dunia ini penuh kasih - sayang. Kita menilai semua benda sebagai unsur kasih - sayang. Orang marah, kita maksudkan sebagai tanda sayang. Orang kutuk, kita kata menegur.

Tetapi sekiranya kita hidup daripada kecil di asuh dengan kemarahan, kita akan nampak dunia ini kelam. Semua benda bersifat negatif dan buruk. Apabila orang marah, kita katakan dia membenci. Orang kutuk, kita katakan dia berlagak. Kecenderungan melihat daripada 'mata kita' selalunya buatkan kita tidak meningkat. Begitu - begitu saja. Apa yang boleh kita selesai hari ini, esok pun kita boleh selesaikan. Dengan cara yang sama. Apa yang tidak boleh kita buat, kita tidak boleh buat sampai bila - bila.

Belajar melihat dengan 'mata orang'. Lihat pada perkara yang ingin di capai, bukan caranya. Petani tidak boleh menanam di kawasan yang ada batu sebab dia fikir masalah hanya boleh di atasi dengan memecahkan batu.

Tetapi apabila dia mula melihat pada tujuan sebenar, batu itu boleh saja di alih. Asalkan kawasan itu boleh di gunakan.

Kita kena tahu apa 'pandangan' kita. kita tidak boleh buat sesuatu tanpa tahu 'apa yang kita rasa' apabila sudah pasti, kita kena pastikan sama ada pandangan itu boleh di gunakan ataupun tidak.

Hendak memburu, guna mata kucing. Hendak survey kawasan, guna mata ayam.

NILAI HARI

|
Tiga hari untuk kita hanyaSemalam yang sudahKini yang resah
Esok yang rahsia
Dua harganya cumaMalang dan tuah
Hari ini sempadankan semalamEsok harapkan perhitunganDan usia, semakin banyak kehilangan...

BIARLAH BEGINI...

|
Aku seperti daun yang gugur sebelum layu
yang terhempas angin,
lalu jatuh ke tanah tanpa mempunyai akar,
mahupun dahan yang menumpangku lagi...
dukaku kubawa, menembus hati ku yg semakin menipis...
senyumku pun tersembunyi...
aku menyakiti hatiku lagi, dengan semua yang aku kenangkan...
aku dijatuhkan saat aku melayang tinggi
sampai tidak dapat lagi menggapainya untuk kembali...
aku di anugerahkan sebuah cinta...
namun cinta yang memang berbeza
menjadikan aku seorang bodoh, yang mengharapkn kepastian...

kenapa aku begini...?
kerana aku telah kecewa
ternyata itu adalah kenyataannya...
kadang kala orang yang paling kita sayangi adalah orang yang menyakiti hati kita
untukmu, yang mengajari aku makna cinta...
yang membimbing aku di jalan cinta
yang hidup, kerana, dalam dan untuk cinta...
kita mengawalinya dengan senyuman dah mengakhiri nya pula dengan senyuman..
biarlah begini...

aku memilih buta untuk tidak melihatmu
aku memilih tuli untuk tidak mendengarmu
aku memilih bisu untuk tidak berucap padamu
aku memilih lumpuh untuk tidak berjalan lagi kearahmu
tapi ternyata…
hatiku tetap memilih untuk selalu mencintaimu...

Buat Teman...

|
Ingin ku cerita wahai teman,
Setelah jauh di tepi pinggiran,
Kutemui seorang teman,
Elok laku bahasa menawan.
Menyentuh rasa memikat jiwa,
Ingin rasa berbicara sentiasa,
Tetapi masa cemburi saja,
Dia pula prasangka buta,
Terlerai janji terbawa luka.
Terbuku rasa berkarat di jiwa,
Menanah rindu melarat nestapa.
menanggung resah menggila.

Wahai teman...!
Setelah dia pergi kasih hati,
Tinggallah aku sepi sendiri,
Hatiku luka terguris perit,
Sendiri aku mencari penawar,
siang malam terlupa sinar,
Sedih menyepi seorang diri,
Mencari pepohon untuk berteduh,
Berhenti penat mengelap peluh.
Sampai dinihari aku termangu,
Mengira nasib untung menjauh.
Namun hanya kau inginku temu.


Wahai teman…!
Sedang aku mengurai rindu,
sedang aku membalut luka,
Semua datang menghantar belas,
Sudi menemani berbicara setia,
Syukurku pada Yang Esa,
ada jua hamba berhati mulia.
Menghantar salam memberi kasih.
Menghantar rindu menyisip cinta
Tetapi hatiku telah kau bawa,
sebungkus kasih dalam cinta
aku dan mereka sahabat sahaja.

Wahai teman…!
tahukah kau pertengahan cerita,
Ku mula mencari bebayangnya,
Siapa yang datang seolah dia saja,
Tika senja menjelma ku pun berdoa,
Agar kasihku selamat sejahtera,
Gelisah hatiku tidak terkata,
Kepala ku rebah beralaskan tangan,
Mataku melirik diluar tingkap,
Kulihat di luar penuh bercahaya,
Sedang ku di sini gelap gelita.
sentiasa berduka bermurung sahaja.

Tahukah kau wahai temanku,
Di sana penuh kuntuman bahagia,
Aku sahaja enggan membuka mata,
masih tidur di dalam gua,
Lekanya aku menulis puisi
Merayu meminta sekujur kasih,
menanti menunggu dan merintih,
mencari mutiara yang kau hilangkan,
Tidakkah kau tahu dan bayangkan,
Derita ku mahukah kau rasakan,
mencari bebayangmu merata,
hanyaku temui dalam memori kita.

Wahai kasih…wahai sayang!
Tahukah kau betapa ku menyinta,
Tiap detik dirimu di dalam minda,
Ku sudah ke tiga suku gila,
Adakah kita serupa sama bicara,
Jika sekiranya aku sahaja yang merasa,
Biarkan aku dengan gila-gilanya,
Usah ku dipeduli usah ku disapa,
Ku doakan agar kau sentiasa ceria,
Moga kau sentiasa bahagia,
Hanya Allah jua membantuku,
Hanya Allah jua akan menghargaiku.

wassalam...
salam rahmat Allah buatmu teman....amin.

DOA RABIATUL ADAWIYAH

|
Wahai Tuhanku,
sesudah aku mati
masukkanlah daku ke neraka
dan jadikan jasmaniku memenuhi
seluruh ruang neraka
sehingga tidak ada
orang lain dapat dimasukkan ke sana
Wahai Tuhanku bilamana aku menyembahMu
kerana takutkan neraka
jadikan neraka kediamanku
dan bilamana aku menyembahMu
kerana ghairah nikmat syurga
maka tutupkan pintu syurga selamanya bagiku
tetapi apabila aku menyembahMu
demi DiKau semata
maka jangan larang daku
menatap keindahanMu
yang Abadi

Lagu "Wanita" - Siti Nurhaliza

|

SELAMAT TAHUN BARU 2009

|

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

|