25 Tips Terbaik Untuk Kekal dengan Pasangan Anda

|
1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.

6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing – Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

18. Semua Orang Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Dengan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Peluang saksi fenomena bulan gerhana pada 1 Jan 2010

|
Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari 2010 ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

- UTUSAN

Makanan yang berkhasiat

|
Makan adalah perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup, namun persoalannya, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat?

1. Yogurt
Manfaat Ekstra: Menguatkan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh.
Kenapa perlu minum yogurt? yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Pun begitu, tidak semua yogurt mengandungi bakteria baik, jadi sebelum membeli pastikan labelnya tertulis 'mengandungi kultur yang hidup dan aktif' agar menfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.

2. Tomato
Manfaat Ekstra : Melawak kanser, kesihatan jantung, meningkatkan daya tahan tubuh.
Kenapa harus makan tomato? warnanya yang merah mengandungi banyak likopen yang kaya antiokjsidan, bahkan penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

3. Lobak Merah
Manfaat Ekstra: Meningkatkan daya tahan, menajamkan penghlihatan, sebahagian besar buah dan sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit dan rheumatiod arthritis.

4. Blueberry
Manfaat Ekstra: Merangsang kerja otak serta meningkatkan kesihatan jantung.
Kenapa harus makan bluekerry? buah ini kaya antioksida, ia dipercayai dapat mencegah beberapa jenis penyakit dan juga meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa bluberry kaya dengan serat, vitamin A dan C.

5. Soya hitam
Manfaat Ekstra: Pertumbuhan otot, merangsangkan kerja otak, kesihatan jantung, semua soya bagus untuk kesihatan jantung. sementara itu, soya hitam pula mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan.
Kenapa? kacang siya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksida yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.

6. Gandum
Manfaat ekstra: pertumbuhan otot, merangsang otak, kesihatan jantung, selain kaya dengan khasiat, gandung juga mengandungi serat tinggi yang larut air. di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.

7. Bayam
Manfaat ekstra: Meningkatkan pertumbuhan otot, kesihatan jantung, menguatkan tulang dan meningkatkan ketajaman penghlihatan, bayam kaya dengan asid lemak omega 3 dan folat yang membantu menurunkan risiko doserang beberapa jenis penyakit. walaupun is sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan tenaga lelaki.

- INFO KESIHATAN